MENU

Teras terakhir yang dibangunkan dalam Pelan Transformasi PBT ialah Komunikasi Berkesan dimana ianya membuka ruang baharu dan memudahkan komunikasi PBT dengan rakyat. PBT digalakkan untuk mewujudkan pelan media melalui kolaborasi dengan pemain-pemain media tempatan bagi memastikan strategi media PBT dapat menjana impak positif terutamanya melibatkan pelaksanaan program dan kawalan terhadap isu sensitif. Hubungan konstruktif di antara PBT dan media menghasilkan keadaan menang-menang kepada kedua-dua pihak. Selain daripada menggunakan kepelbagaian saluran media massa kini, PBT disaran menekankan kepada kualiti kandungan atau mesej yang disampaikan supaya ia bersesuaian dengan kumpulan sasar. Aspek lain yang juga dititikberatkan adalah penyampaian maklumat yang mudah, cepat, grafik yang menarik dan interaktif. Dengan wujudnya Radio JKT dibawah Jabatan Kerajaan Tempatan dalam format internet-based ini, ia akan menyemarakkan lagi wadah komunikasi dan penyebaran maklumat dengan pendengar tempatan. Langkah yang sama turut dilaksanakan oleh beberapa PBT seperti Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Daerah Taiping.