MENU

Sekitar Perhimpunan Bulanan JKT Bulan Oktober 2018 pagi tadi anjuran Bahagian Pembangunan JKT. Kali ini, antara intipati mesej yang disampaikan oleh YBhg. Dato' KP JKT ialah tentang kepentingan menguruskan masa dengan baik dan perlunya semangat berpasukan yang jitu dalam organisasi. Semoga dengan adanya sikap ini dapat meningkatkan lagi kualiti kerja warga JKT dan seterusnya menjadi "world-class civil service".

Majlis kali ini turut diserikan dengan ceramah dari Da'ie Syed dengan tajuknya "Kualiti dalam Perkhidmatan". Terima kasih kepasa Da'ie Syed atas perkongsian ilmu yang bermanfaat sebentar tadi.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi Bulan September 2018 iaitu Puan Lydia Eznie binti Hamzah dari Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik dan Encik Azhari bin Abdul Rahim dari Bahagian Pembangunan. Semoga kecemerlangan ini terus ditingkatkan!